Thursday, April 23, 2015

Biliografi Usahawan Yang Berjaya


JERUK MADU PAK ALI (SINCE 1985)

Image result for jeruk madu Pak ali

LATAR BELAKANG
  • Perusahaan jeruk madu Pak Ali dijalankan sejak tahun 1985 secara kecil-kecilan dirumahnya.
  • Pengasas bagi perusahaan jeruk Pak Ali ini adalah Hj.Ali Omar, 67 tahun. 
  • Ia mula dikomersialkan pada tahun 2007 dibawah syarikat kunci kreatif.
  • Produk jeruk Pak Ali juga telah dijadikan satu produk pertanian yang digunakan sebagai pengenalan produk pertanian Pulau Pinang setelah mendapatkan nasihat daripada PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang), MOA (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani). 

Image result for lembaga kemajuan negeri pulai pinang
Image result for logo kementerian pertanian dan asas tani

  • Dari segi teknologi, mereka menggunakan teknologi MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia).  
Image result for Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
  • Jeruk Madu Pak Ali ini merupakan satu-satunya jeruk Pulau Pinang yang mendapat Sijil Halal di Malaysia.  
  • Perusahaan ini juga merupakan satu- satunya perusahaan produk jeruk Islam yang dipasarkan secara menyeluruh keseluruh Malaysia.
  • Bagi proses pengedaran produk pula, selain kiosk di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, lebih 20 kiosk dibuka di seluruh tanah air. 
  • Apa yang lebih membanggakan, populariti jeruk di bawah label Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd telah pun menembusi pasaran pasar raya Manma di Ireland.
  • Malah, Jeruk Madu Pak Ali juga menerima permintaan dari Madinah dan terbaru dari Tonto, Mesir, Korea Selatan juga berminat dengan jeruk ini untuk tujuan perpindahan teknologi.

  • Keistimewaan proses pembuatan jeruk madu Pak Ali ialah ia masih mengekalkan kaedah tradisional termasuk menggunakan tenaga kerja manusia. 
  • Jika  kita dapat lihat di kilang, buah-buah ini boleh dipotong menggunakan mesin, tetapi bagi perusahaan ini, buah-buahan dipotong menggunakan tangan untuk memberi peluang pekerjaan secara kontrak kepada lebih 30 penduduk tempatan dan belia tempatan.
  • Image result for Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd
  • Atas segala usaha yang telah dilakukan, perusahaan Jeruk Madu Pak Ali telah mendapat Anugerah Usahawan Terbaik FAMA Pulau Pinang 2012 dalam temasya Hari Peladang, Penternak, Nelayan dan Karnival Koperasi 2012 dan juga anugerah Usahawan Ikon Bumiputera Pulau Pinang dan Usahawan Industri Asas Tani Pulau Pinang daripada ICU JPM.
  • Perusahaan jeruk madu Pak Ali dimana pemilik perusahaan dan pekerja giat mempelbagaikan produk jualan mereka sebanyak 30 produk (jeruk) basah dan kering antaranya jeruk mangga, kedondong, betik, sengkuang, salak dan jambu batu yang merupakan produk terlaris. Selain itu juga,  syarikat mula menumpukan pengeluaran produk baharu seperti jus buah pala, sabun buah pala, kuah rojak, jeruk kering selain kuih-kuih tradisional. 


2 comments:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete
  2. Tulisan kurang hjelas sebab warna

    ReplyDelete