Wednesday, April 22, 2015

CIRI-CIRI KEUSAHAWAN YANG DIPERLUKAN

Antara ciri-ciri usahawan adalah seperti berikut : 



KETEGASAN


Seorang usahawan yang tegas menunjukkan kebolehan dalam membuat keputusan yang cepat dan berkesan.

· Seorang usahawan juga perlu bersifat tegas untuk menjadi ketua yang berjaya.

· Jika seseorang usahawan mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan sama ada kurang pengetahuan dalam pembuatan keputusan atau beliau takut jika keputusan yang diambil itu salah, maka ia akan memberi kegusaran kepada pekerjanya.



PENGURUSAN MASA

· Pengurusan masa bermaksud seseorang usahawan mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti keusahawanan dan merasa puas hati dengan apa yang telah dilakukannya.

· Pengurusan masa dan perniagaan adalah satu latihan disiplin bagi mereka yang bergelar usahawan.



PERSEPTIF

· Perseptif bermaksud seseorang yang mempunyai kesedaran yang tajam, tajam daya tanggapan dan tajam daya persepsi.

· Usahawan yang perseptif mempunyai daya pemikiran yang lebih tajam dan cekap membuat keputusan yang tepat.

· Usahawan yang perseptif juga bijak menangani masalah yang dihadapi. 


KESEDARAN ETIKA

· Etika pengurusan usahawan dapat dikategorikan kepada dua,

· Etika yang bercirikan membina budaya pengurusan usahawan yang berkesan seperti menunaikan janji, jujur, amanah dan menjaga kebajikan

· Etika yang bercirikan wawasan kecemerlangan profesional usahawan seperti Teori Vitalisme (antara penentuan etikanya ialah mempunyai kemahuan yang kuat),

· Profesional ialah sebahagian daripada budaya kerja yang menjurus membina kemampuan dan kebolehan organisasi dalam mencapai matlamat yang ditetapkan dengan cara yang paling cekap dan paling berkesan.



DAYA JANGKA

· Setiap usahawan perlulah mempunyai sifat daya jangka dalam diri

· Mesti mempunyai perancangan dan gerak kerja yang teratur ( mudah, untuk memastikan semua kerja tersusun dan mengikut perancangan)

· Semua kerja akan menjadi lancar dan sempurna.

· Perniagaan atau projek yang hendak dijalankan dan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara perlaksanaan dan strategi perniagaan



KEUPAYAAN UNTUK MELAKUKAN BELAJAR DARI KESILAPAN

· Seseorang usahawan sanggup menerima kegagalan sebagai satu dorongan untuk mencapai kejayaan.

· Kegagalan merupakan satu pengajaran supaya kesilapan yang sama tidak diulangi.

· Dengan sikap sedemikian, usahawan akan dapat memperbaiki peluang untuk mencapai kejayaan.

Usahawan tidak takut kepada kegagalan dan sanggup belajar daripada kegagalan yang dihadapi pada masa lalu.
Sekiranya berlaku kegagalan, dia akan memastikan kesilapan yang sama tidak diulangi.

· Dia akan cuba memperbaiki kelemahan sendiri untuk mencapai kejayaan yang berterusan.



INTEGRITI DAN KEBOLEHPERCAYAAN

· Perkara utama perlu diberi perhatian oleh usahawan jika ingin perniagaan bertahan lama di pasaran ialah menjaga integriti diri dan perniagaan.

· Keyakinan setiap pemegang kepentingan mengenai integriti usahawan sangat kritikal dalam menentukan daya tahan perniagaan diusahakan.

· Usahawan perlu membuktikan kepada semua pemegang kepentingan bahawa perniagaannya diurus secara jujur, beramanah dan bertanggungjawab. 


VERSALITI

· Seorang usahawan harus bijak menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang dinamik dan sentiasan berubah.

· Kebijaksanaan usahawan menyesuaikan diri sama ada dengan perubahan dengan perubahan dalaman atau luaran mampu memberi kelebihan bersaing.

· Usahawan yang fleksibel sanggup menolak idea sendiri jika idea tersebut tidak sesuai dan bersedia menerima cadangan orang lain tanpa terlalu terikat kepada cadangan asal.



INISIATIF

· Rasa inisiatif dalam keusahawanan merujuk kepada keupayaan individu untuk mengubah idea kepada sesuatu tindakan.

· Ia termasuk kreativiti ,inovasi dan pengambilan risiko , serta keupayaan untuk merancang dan menguruskan projek-projek bagi mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan.


No comments:

Post a Comment